Microsoft Powerpoint
11 Februari 2018 | Aktiviti TerkiniPada 10 Februari 2018 yang lalu, PI telah mengadakan kelas Microsoft Powerpoint kepada golongan kanak-kanak SK Batang Maro. Kelas ini bertujuan bagi melatih para peserta menggunakan Microsoft Office. Seperti yang umum ketahui, Microsoft Office adalah penting untuk dikuasai terutamanya untuk kita mendapatkan pekerjaan di pejabat.
Para peserta telah ditugaskan untuk membuat slide mengenai tempat-tempat menarik di sesebuah negeri di Malaysia. Mereka telah mencari maklumat dan gambar-gambar dengan menggunakan Google Images. Mereka turut diajar untuk menyimpan gambar ke Desktop komputer.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: